Selasa, 4 Februari 2014

JAUH BERBEZA DENGAN PENJAWAT AWAM LAIN

Walaupun jauh berbeza dengan tugas guru dengan penjawat awam lain namun persamaan dari segi beban sara hidup dan keberhutangan berat lebih kurang saja bergantung kepada kebijaksanaan individu mengurus diri dan keluarga.Antara lain tekanan emosi juga lebih kurang sama.Apa yang jauh berbeza adalah cara bekerja,guru wajib menyediakan rancangan mmengajar dan penyediaan bahan bantu belajar sebelum mengajar,kalau ada 4 subjek maka 4 rancangan pengajaran dengan bahan bantu mengajarnya sekali disediakan.Penyediaannya adalah berterusan rancangan pengajaran dan bahan bantu mengajar untuk esok akan disediakan hari ini, berapa ratus perkataan ditulis oleh seorang guru setiap hari?Penjawat awam lain bawa sebatang pen biru atau hitam ke tempat kerja sudah memadai...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dadah Dan Kuasanya



Dadah secara umumnya adalah benda yang boleh merosakkan akhlak,fizikal dan kehidupan manusia.Dadah pada dasarnya digunakan dalam dunia perubatan untuk mengubati,menahan dan membantu para doktor untuk menyembuhkan penyakit.Mengapakah dadah amat sukar dibenteras di setiap negara maju mahupun negara sedang membangun.Ini disebabkan permintaan dan keperluan dadah yang begitu tinggi sehingga ada sindikit yang mengusahakan laang dadah seperti di laluan tiga segi emas di Brazil.Pemerintah sering bertempur dengan kartel dadah yang lengkap bersenjata dan boleh menentang sesiapa sahaja pada bila-bila masa.Semua negara menolak dadah kelak akan menghancurkan negara berkenaan,maka penguarkuasaan ketat diperhebat melalui kawalan di udara.darat dan laut.Di Malaysia contohnya,mengapakah dadah masih berleluasa,bekalan dadah mudah diperolehi ada makmal memproses dadah.Apa yang berlaku adalah orang lain mahu jadi kaya oleh itu begitu ramai yang dihukum malah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membekal,mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah dalam pelbagai pek atau bentuk simpanan.Orang mudah cepat kaya raya kerana dadah,maka manusia membelakangkan risikonya.

Jangan Harap Terima Kasih



Tabiat suka mengingkari, membangkang, dan memperkecilkan sesuatu nikmat adalah penyakit yang lazim menimpa jiwa manusia. Justeru, anda tidak perlu hairan dan resah jika mendapati mereka mengingkari kebaikan yang pernah anda berikan, mencampakkan budi baik yang sudah anda tunjukkan, serta melupakan bakti yang sudah anda berikan. Lebih dari itu, anda tidak perlu resah jika mereka juga memusuhi anda dengan sangat keji dan membenci anda hingga mendarah daging, sebab semua itu mereka lakukan adalah kerana anda berbuat baik kepada mereka.

PPSMI Berakhir


PPSMI, Penghujungnya sampai disini! (Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan PPSMI dimansuhkan) Setelah bertahun lamanya kita bergaduh, berperang mulut, berpiket sana sini, dan akhirnya pada 8 Julai 2009, semuanya terjawab apabila pihak Kementerian Pelajaran dengan sebulat suara memilih bagi memansuhkan PPSMI. Ada pihak yang kecewa, sedih dan sebagainya selain ada juga yang gembira kerana ianya dimansuhkan. Alasan kementerian ianya tidak mencapai hala tuju sebenarnya. Yang saya pelik itu, bukannya rata-rata rakyat membangkang PPSMI, tetapi hal ini dijadikan 'Jualan Hebat' oleh sesetengah ahli politik dan juga orang yang suka berpolitik sehingga sanggup memperjudikan akan nasib dan masa hadapan bangsa sendiri serta seluruh rakyat Malaysia!!! Bagaimanapun, saya disini masih lagi menyokong pihak kementerian dengan usaha mereka menambahkan masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Bahasa Inggeris harus didalami kerana bukannya nanti apabila seseorang itu telah menjadi graduan universiti tetapi masih lagi bertutur Bahasa Inggeris dalam loghat pelajar sekolah. Hal ini sungguh memalukan dan membuktikan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia kurang bermutu yang 'Berorientasikan Peperiksaan' iaitu mementingkan peperiksaan dengan mencuba sedaya upaya melepasi halangan seperti PPSMI tanpa berusaha mengatasi halangan tersebut selain bergiat lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Berbeza dengan pelajar berorientasi peperiksaan, pelajar yang seimbang akan belajar kerana dia minat dan ada perasaan ingin tahu yang mendalam dalam subjek itu dan dia juga akan meluangkan masa untuk aktiviti kokurikulum. Tema-tema, perkataan khusus yang telah di jadikan standard antarabangsa (S.I Unit) apabila dimelayukan akan menjadi ganjil. Contoh paling mudah, Centimetre di Melayukan kepada Sentimeter dan Perpendicular Bisector di Melayukan kepada Pembahagi dua sama serenjang. Alangkah jauh beza bunyinya, jadi jika ilmu itu bukan dalam bahasa kita, maka kita harus mempelajari ilmu itu dalam bahasa itu dan kita juga akan secara tidak langsung menguasai satu lagi bahasa. Malah, perkataan pindaan Inggeris ke Melayu akan merosakkan lagi Bahasa Melayu ini yang unik walaupun berkongsi perkataan dengan sesetengah Bahasa lain seperti Portugis, Arab, Sanskrit dan Inggeris yang merangkumi perkataan seperti Jendela, Masjid dan sebagainya.


(Antara golongan yang membangkang PPSMI) Apapun, sudah tidak berbaloi untuk ditulis apa-apa lagi kerana perjuangan terhenti disini. Kita lihat bagaimana suatu hari nanti apabila generasi masa hadapan akan menyalahkan generasi hari ini kerana tidak berfikiran jauh, pelajar yang tidak mampu menguasai Bahasa Inggeris akan menghadapi masalah memahami tema-tema yang digunakan dalam dunia sebenar yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan akan dipinggirkan dari persada antarabangsa yang memerlukan seseorang itu memahami Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dan perantaraan.

Diracuni Kuasa Politik

PEMUSNAH PPSMI
Tokoh Ini Antara Orang kuat meruntuh dan memansuhkan PPSMI?
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang sebelum ini berteka-teki tentang kehadiran beliau akhirnya muncul buat pertama kali dalam program sebegitu.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, sebaliknya hanya bergambar sambil memegang sepanduk kecil bertulis "Jangan bunuh bahasa ibunda".
Beberapa tokoh utama bahasa seperti penyair Dinsman, profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan bekas profesor falsafah sains Dr Shahrir Md Zain serta penulis Ainon Mohd turut serta seperti dijadualkan.
Penyair popular Pyanhabib, ahli jawantkuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar dan aktivis popular teater Khalid Salleh turut hadir.
Bercakap kepada Malaysiakini selepas acara pelancaran itu, Khalid berkata hari ini ramai aktivis bahasa yang tidak pernah muncul dalam program seumpama itu tampil buat kali pertama menyatakan bantahan mereka kerana keadaan "sudah terdesak sangat".
Tambahnya, bukan sahaja bahasa, tetapi dalam pelbagai segi hak-hak orang Melayu mulai terhakis.
Ulasan:
Sepatutnya ketokohan yang ada serupa ini tidak terbabit dan mempergunakan isu remeh untuk meranapkan PPSMI.Carilah kaedah dan cara lain untuk memperkasa bahasa ibunda[Melayu]yang didakwa tercorot,terabai,terancam gara-gara menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penyampai dalam mata pelajaran Sains dan Matematik
PPSMI mansuh apa lonjakan dan jaminan bahawa Bahasa Melayu akan tersohor atau terus dikagumi diperingkat antarabangsa kelak?
Apa peranan tokoh-tokoh berkenaan sesudah mansuh PPSMI kelak...?

Pandanganku

KATA SEORANG ENDIDIK
Oleh Cikgu Saidi
Sebagai seorang pendidik yang sememangnya telah menyokong perlaksanaan PPSMI bermula tahun 2003.PPSMI setelah dibahas melalui dewan rakyat,kerajaan telah meluluskan dan menerima perlaksanaan PPSMI.Akhirnya tahun 2009 ini goyah dan robohnya,berkecai segala,wang berjuta-juta umpama hangus dijilat api.Mengapa perkara ini tidak disuarakan lebih awal sebelum kerajaan membelanjakan jutaan RM?Mengapa semua dibisukan semasa Tun Dr.Mahathir menjadi PM?
Kerana desakan orang tertentu,perkumpulan atau organisasi dalam politik menuduh ini semua angkara orang yang berkepentingan politik maka yang dituduh pihak pembangkang.Bagi saya bukannya dari pihak pembangkang malah di kalangan orang kuat dan berpengaruh dalam kerajaan yang mahu menjatuhkan populariti seseorang atau mungkin berdendam dan tidak suka kepada Tun Dr.Mahathir.
Jika tujuan utama nak mengembalikan situasi dan hendak sungguh memartabatkan Bahasa Melayu,ini bukan caranya.Cari dan wujudkanlah dasar atau cara lain untuk mencapai hasrat menjulang martabat bahasa Melayu seperti yang diinginkan oleh musuh PPSMI ini.Sebagai seorang pendidik,saya telah mengajar subjek ini di sekolah rendah iaitu tahun 1 dan 2.Kandungan dan aktiviti pembelajaran amat berkesan dan realistik.Murid belajar tentang anatomi benda hidup,mengkelaskan dan menamakan serta melabel semua yang berkaitan dengan living things and non living things.Murid membuat analisis,kajian dan dokumentasi dalam mata pelajaran Sains dan menggunakan istilah-istilah yang melibatkan penyelasaian semua jenis operasi bagi subjemk Matematik.Ini semua tidak ada dalam pengajaran Bahasa Inggeris biasa yang lebih mirip kepada cara dan kandungan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia yang melibatkan nahu dan tatabahasa.

Makan Suap



DEFINASI RASUAH: Perkataan �rasuah� berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi �al-risywah�. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. �rasuah� ataupun �corruption� dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi di dalam undang-undang Malaysia.Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi �bribery and corruption� sebagai perbuatan �giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward� John B. saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteley�s Law Dictionary memberi definisi �the Taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty�.
Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:- �Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)�.
SUAPAN: Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
a. apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
b. apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
c. apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
d. apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
e. apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
f. apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu;
Punca Utama Rasuah
Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman BPR, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:
 Di mana seseorang ingin hidup mewah ingin cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.
 Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan
Allah swt telah berfirman:
"dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: ayat 188)
 Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah hinggakan konsep seperti kata orang Perak, "biar pape asal bergaye" menjadi amalan. Menyara hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Malah ada yang sanggup berhutang dengan chettiar dan loan sharks. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.
 Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni:
Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Menurut seorang penulis, "nilai" ialah "beliefs about right and wrong". Manakala "etika" pula ditakrifkan sebagai "thinking systematically about morals and conduct and making judgments about right and wrong" (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service). Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.
 Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan.
Berdasarkan pengalaman BPR juga. kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh me- nyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
 Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja.
Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan - perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya. Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.
KESALAHAN RASUAH
Meminta/ Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
 Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
 Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya

Tahukah Kita

Beberapa orang memiliki kemampuan untuk menipu orang lain dengan mudah. Namun, saat seseorang berbohong, biasanya bisa dilihat dari fisiknya. Salah satunya adalah dengan mengamati mata lawan bicara Anda. Mengapa demikian?
Ketika menjawab pertanyaan dan bola mata orang tersebut bergerak ke arah kirikemungkinan jawabannya jujur. Sedangkan bila bergerak ke arah kanankemungkinan orang itu sedang mengatakan sesuatu yang bohong atauberbohong. Hal ini karena bagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory, sedangkan otak kanan untuk kreatifitas. Maka bila bola mata ke kiri, berarti dia berusaha mengingat sedangkan sebaliknya jika bola mata ke arah kanan berarti dia sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu sebagai jawaban yang lain. Hal ini karena bagian kreatifitasnya sedang bekerja untuk mengarang suatu cerita bohong.
Ciri fisik lainnya ketika seseorang sedang berbohong antara lain:
Badan berkeringat.
Napas mulai berat.
Nada suara berbeda seperti meninggi atau monoton.
Badan dan wajah terlihat kaku khususnya bagian dahi dan bibir.
Tangan banyak bergerak misalnya memegang sesuatu, saling menggosok-gosokkan tangan, menggosok hidung, atau menutup mulut.
Si pembohong tanpa disadari akan meletakkan benda-benda seperti cangkir, kertas, bolpen, atau benda lain sebagai pembatas.
Coba ubah topik pembicaraan, jika ekspresinya terlihat lega, berarti ia sedang berbohong. Namun jika ia mengembalikan ke topik semula, berarti ia sedang berkata jujur.

Luar Batasan



Tindakan jenis manusia yang tidak ada prinsip,tiada pegangan dan tiada keimanan.Membelakangi kewujudan tatasusila dan disiplin hidup apatah lagi mempercaya tuntutan agama memang jauh,tidak ada dan kosong.Tindakan kurang ajar dan terkutuk ini biar menjadi sempadan dan batas kepada orang normal.

Dahulu Dan Sekarang

Kehidupan ibu bapa kita 20 dan 30 tahun yang silam amat berbeza keadaannya dengan apa yang kita alami dan dapati dewasa ini.Kehidupan mereka pada masa itu harus diteruskan dengan menanam padi bukit atau mengusahakan sawah padi.Tidak bertanah,bpleh menumpang atau meminjam kawasan tanah orang lain.Penempatan dan lokasi adalah strategik,harus dipinggir sungai.Mata pencarian menggenapi keperluan hidup adalah hasil tanaman sayur-sayuran,tanaman seperti kacang panjang,kacang belimbing,terung,halia,lada dan serai.Tambahan lagi dengan sayuran dan buah yang boleh diperoleh dalam hutan juga bertanam kelapa makan,tarap,langsat,rambutan,durian,jambu air dan sebagainya.Semua jenis ikan sungai mudah diperolehi.Daging biasanya daripada ternakan ayam,kambing dan lembu atau kerbau.

Apa yang ada sekarang ini zaman 2000an telah jauh menjarakkan corak kehidupan.Ada kerja ada wang gaji ada perniagaan ada pendapatan,semua keperluan kehidupan dibeli dengan wang ringgit dan ada di mana-mana sahaja kedai,supermarket dan pasaraya.

Koleksi Minda Di Facebook

(1): Kenyataan pemain veteran dan senior menggesa agar Datuk Rajagobal meletak jawatan di atas kegagalan Malaysia menewaskan Thailand untuk ke peringkat akhir.Calon terbaik yang dicanang adalah Ong Kim Swee.Mengikut budaya pasukan bola sepak barat yang sering memecat jurulatih sebagai hukuman dan alasan kekalahan dalam satu-satu perlawanan.Bukan jurulatih yang bermain di atas padang,jurulatih sudah men...gatur taktikal semasa latihan dan di atas kertas.Barisan pemainlah yang menentukan baik,teratur dan menangnya sesuatu pasukan.Perlu diingat bahawa pasukan lawan juga ada kesungguhan untuk menang.Pecat-memecat seperti budaya barat dewasa ini bukan satu penentu yang Malaysia akan terus berjaya dan menang dalam setiap perlawanan akan datang.Letak dan cari jurulatih yang terbaik di dunia pun untuk pasukan Malaysia itu-itu juga,daripada pemain juga....
(2):Awal pagi tadi lagu ND Lala dengan tajuk Bukan Senang Jadi Ketua antara lain memberikan gambaran yang memang begitu realiti?.Kalau ketua sakit ada sudah yang ukur baju kot.....
(3): Ini bukan masuk bakul angkat sendiri,tetapi satu kenyataan.Sejak saya bertugas di SK Pekan Beluran tahun 2010 hingga tahun 2012,saya masih dapat mengekalkan rekod kehadiran bertugas di senarai pertama atau orang paling awal hadir ke sekolah setiap hari dengan kadar 90+%.Tahun 2013 juga saya ingin kekalkan kecemerlangan ini.Biasanya saya hadir sebelum jam 6.00 pagi dan saya anggap dah lewat kalau sudah jam 6.15 pagi.
(4): Pinjam-meminjam punya cerita,ini pinjam alat seperti spana,gergaji,tukul atau tayar kereta,Bukan pinjam wang,kereta atau bini kata P.Ramlee.Orang yang meminjam datang sendiri dengan harapan kehendaknya tidak sia-sia,ada kalanya si peminjam mewakilkan anaknya atau individu lain.Barang yang dipinjamnya 1 minggu,1 bulan malah 1 tahunpun belum dikembalikan.Apabila kita sedar,rasa geram dan beremosi pun ada,apa lagi kalau pada masa itu kita perlukan alat itu.Nah....menagih untuk dikembalikan.Baa nanti saya kasi balik....tunggu-punya tunggu....nda da juga.
(5): Pagi tadi 03.12.12 saya ke Sugut Paitan untuk lapor diri anak saya sebagai pembantu makmal di SMK Simpangan.Saya berhenti di hujing jambatan sungai Sugut dan bertanyakan seseorang yang ada perahu untuk disewa mudik ke hulu/Ke SMK Simpangan.Saya masuk satu simpang untuk pergi lebih dekat dengan sungai.Salah seorang yang duduk di bawah kolong rumah menyergah,urusan bot lain,ini kereta masuk sini lain urusan,...siapa kasi benar kamu masuk?saya terkejut juga atas sebab tiada tanda larangan masuk jalan berkenaan.Berulang-ulang orang tua itu memberikan tekanan,urusan kereta lain bayaran...bot punya cerita lain...saya dan isteri balik-balik meminta maaf pasal larangan kereta masuk dikawasan berkenaan.Orang itu juga memberikan arahan,boleh dihantar dengan syarat bayar RM50.00 pergi balik,dipersetujui dan diteruskan.Walau jarak tidaklah jauh tetapi sanggup sajalah sebab memang keperluan.Isteri saya bersama anak saya pergilah ke SMK Simpangan untuk urusan lapor diri.Saya menunggu di kereta.Kami menyambung cerita bersama orang tua itu yang rupanya seorang pesara guru juga....banyak cerita kami tentang pendidikan di daerah Beluran.Tidak ada sudah cerita tentang minta bayar kemasukan kereta dikawasannya.Saya kena gertak begitu tidak saya mengambil respon.Tidak tahu sejauh mana gertaknya kalau dia ada kedudukan dan pengkat di situ.Biar kita berada pada landasan yang betul dan jangan memberikan respon yang kasar dan negetif di tempat orang.
(6): Bersalah dan Serbasalahkah seseorang penjawat awam jika tidak menyokong kerajaan?menyokong atau tidak menyokong dipendamkan dan menjadi rahsia peribadi,tapi orang lain sentiasa memerhatikan.Penjawat awam sudah semestinya rasional dalam membuat perhitungan.Bentuk kerajaan yang bagaimanakah lagi yang dikehendaki,hebat manakah pemimpin yang diperlukan mentadbir negara ini.Apa yang mendorong seseorang itu menjadi pro atau kontra adalah berdasarkan isu , keperluan,simpati dan pengaruh.Penjawat awam tidak boleh lantang sangat...nanti ahhhh....inilah yang ditakuti.Ada yang berani?Terserahlah kepada individu berkanaan.Jangan pula sesudah bersara baru buka mulut,baru berani,barulah...INIKALILAH.
(7): Alfatihah.Warga pendidik khasnya di Daerah Beluran mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd.Zaini Hj.Sahadan [Pegawai Pelajaran Daerah Beluran]di atas pemergiannya lewat tengahari tadi [29.11.12.]
(8): Nasib baiklah masih ada batas kesabaran.Dari jam 2.00 ptg Sabtu sampai sekarang dah jam 3.25 pagi Ahad,jiran di sebelah masih melatop karaokenya.Orang-orang sebelah rumah kiri kanan,depan belakang langsung tidak diperdulikan.Orang kata MEMEKAK sudah jadinya,anak-anak kecil tidurnya terganggu,yang muslim nak solat tidak tenteram lebih-lebih lagi jarak hanya 60 meter daripada hospital.Mereka dah syok habis sebab ada minum-minum.....Hujung minggu pun kena hormati hak orang lain.Mmahu sampai jam berapa baru nak berhenti.....masih melalak-lalak...


TELAH MENDAPAT RESPON YANG MENGGALAKKAN DAN POSITIF DARIPADA SEMUA DI FACEBOOK



SAIDI LIASAN MENULIS © Saidi Liasan G Jan 2010

Terus Bekerja Dengan Minda dan Disusuli Tindakan Untuk Mengisi Ruang Kehidupan Untuk Dimanafaatkan Semua Insan

: